Sunday, July 26, 2009

Cerita Personaliti Lagi

Ada kata-kata yang diungkapkan seperti berikut ;

”kita akan nampak cerdik walaupun kita sebenarnya bodoh bila kita dipimpin oleh orang yang cerdik, dan walau secerdik manapun kita akan nampak bodoh bila kita dipimpin oleh orang yang bodoh”

Aku tidak begitu memahami dimana berlaku kecelaruan personaliti, tidak ada integriti dalam diri. Kita melihat pada awalnya sesorang itu mempunyai sikap tidak kisah dalam hal hubungan diantara rakan sekerja sehingga sanggup melihat berlakunya pergaduhan dan kekecohan. Membiarkan mereka bertelingkah disebabkan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan diri. Islam tidak menggalakkan umatnya berbuat sedemikian rupa.

Sekarang, cuba menonjolkan satu imej baru bahawa hubungan dan kerjasama di antara rakan sekerja itu penting. Berbeza dengan pendiriannya yang lalu. Dilihat dari perspektif bawahan, itu tidak menjadi sebarang masalah, walaupun taik yang dikeluarkan, tetap dihidu tetap dijamah.

Kehidupan kita sehari-hari sering mengalami perubahan samada dari aspek masa, tempat, pandangan, kefahaman, pengalaman, kemahiran dan lain-lain. Pengalaman tetap akan mengajar kita untuk melangkah dengan lebih baik lebih berhati-hati dan bersedia dengan setiap apa yang bakal kita hadapi.

Aku sememangnya sudah cukup bersabar dengan apa yang berlaku disekeliling. Apa gunanya kita berada pada satu tempat, sedangkan kewujudan kita tidak diendahkan, sama macam tidak ada. Tetapi bila kita tidak ada, akan dilontarkan tohmahan yang mengatakan kita tidak hadir, tiada kerjasama. Apa lagi yang diperlukan, apa lagi yang nak dibuat, apa lagi yang nak dikorbankan. Sekadar bercakap untuk melepaskan batuk ditangga, toksah la.

Sunday, June 28, 2009

KRISIS KOMUNIKASI

Komunikasi ialah penyampaian maklumat dari satu pihak ke satu pihak yang lain melalui pelbagai cara. Komunikasi gagal sekiranya mesej / maklumat yang disampaikan adalah berlainan dengan maklumat asal. Contohnya, Ahmad menyampaikan mesej A, Saliha menerima mesej tersebut tetapi ianya B.

Contoh lain, pihak A menyampaikan mesej ‘sekular’ tetapi pihak B yang menerima mesej tersebut memahami yang ianya ‘circular’. Begitu juga dengan contoh, Amir menyatakan ialah 7 hari tetapi Siti maklum dan faham ianya 5 hari.

Sebenarnya, terdapat faktor-faktor yang menyebabkan komunikasi mengalami kerosakan atau gagal. Merujuk contoh pertama, kemungkinan Saliha mengalami sedikit masalah pendengaran atau keadaan semasa mesej disampaikan iaitu bising yang menyebabkan mesej salah diterima.

Contoh yang kedua, kemungkinan pendengar tidak faham apa yang ingin disampaikan. Dalam masa yang sama, kemungkinan tidak memiliki prasarana dalam diri yang cukup dalam memahami. Tetapi yang pasti, pendengar tidak pasti apa yang dilakukannya. Keadaan ini berlaku bila keselesaan yang mendorong kecuaian dalam rangkuman yang menidakkan satu pihak lain menyatakan apa yang sebaliknya.

Contoh ketiga menunjukkan ketidak pastian dalam memahami ketepatan dalam keadaan yang memerlukan kepada integriti.

IDENTITI DAN PERSPEKTIF

Identiti asalnya perkataan dalam bahasa Inggeris, yang membawa maksud keadaan persamaan sesuatu yang dinilai melalui sifat. Begitu juga dengan perspektif, berasal daripada bahasa Inggeris yang memberi maksud pandangan atau kebolehan melihat sesuatu secara objektif.

Keperibadian seseorang dapat dinilai, diukur dan digambarkan melalui identiti yang dipamerkan dalam kehidupannya seharian. Ini merupakan gambaran dari sudut fizikal. Dari sudut pemikiran dan tahap kecerdasan minda, seseorang dinilai melalui cara berfikir, keputusan yang dihasilkan, perkara yang dihitung dalam membuat sebarang hipotesis. Kepelbagaian idea dan kecenderungan kepada sesuatu bidang juga boleh mencerminkan keperibadian seseorang.

Identiti dan peribadi mempunyai hubungkait yang tidak dapat dipisahkan memandangkan keduanya saling sandar menyandar diantara satu sama lain.

TANDA-TANDA KEMATIAN

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja Disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk Memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk men Cabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...May ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita..... sendiri mau ingat!

Sunday, June 14, 2009

CLEVER OR STUPID

There is stupid ness inside the cleverness as people proud of it and always be a standard measure behind the attitude and behavior. People who acknowledge and possesses consciousness or in other word sensitive, will more intelligent than other. Why? Coz sensitive is having quick and acute sensibility, either to the action of external objects, or to impressions upon the mind and feelings; highly susceptible; easily and acutely affected.

The last part, easily and acutely affected, should be applied on positive manner. There is always a group of people who speak on pro active, but it just a word of art to communicate. In world of reality, always … always … the heroic deeds drowned before people acknowledge it and then try to appreciate it by giving such thing for sure it already late and useless because the person dead. Look and see for it, locate it properly.

We do not need a takliq, we need to revive, not a follower, yes to follow Islam, but not just to follow without think of it or know it well.
Understand is not your? Try to locate it & save closely.

Saturday, May 30, 2009

PENGHARGAAN SIMBOL MOTIVASI

Satu pagi, seorang manager telah bertanya kepada seorang pegawai bawahannya. ”Mat, awak dah ambil tindakan berhubung keputusan mesyuarat yang lalu?”. Dengan muka selamba semacam tidak berperasaan, Mat menjawab, ”Belum, lagipun mesyuarat tu baru minggu lepas, masih ada masa, lagipun.....”.

Manager tersebut terasa dirinya tercabar lalu berkata, ”awak ni nak kerja ke tak nak, kalau tak nak kerja berhenti, ramai lagi tengah beratur nak isi tempat awak, pro-aktif la sikit”. Tanpa mengungkapkan sebarang kata-kata, Mat pun berlalu dari situ. Tiada guna melawan cakap bos, maklumlah ’bos is always right’.

Selepas Mat membancuh segelas air milo, dia terus menuju ke biliknya. Keadaan pejabat pagi ini agak suram, tidak seceria selalu. Kebiasaannya, pasti ada kedengaran gelak tawa, usikan dan pelbagai karenah. “Agaknya ada yang turun bersarapan pagi barangkali” getus Mat dalam hati.

Terus buat kerja
Teringat kata-kata Manager tadi, ... pro-aktif, aku kena pro-aktif, tetapi, si Rohani yang berlagak macam bos tu yang indah khabar dari rupa tu tak pernah pro-aktif tapi bos tak pernah cakap apa-apa pun. Hai, mentang-mentang la perempuan, kaum yang lemah, asyik dimenangkan saja.

Dalam mesyuarat,
Mat, macamana dengan tindakan ? “Pengerusi, patik yang hina, bebal dan yang tak reti membezakan antara ‘secular’ dan ‘circular’ serta tidak pro-aktif ini ingin memaklumkan bahawa urusan penginapan telah selesai. Saya telah menempah 14 bilik termasuk makan dan minum bagi 3 hari 2 malam. Local order telah dipohon, sekian”. Manager “lain macam Mat, sedar diri nampak?”.

Memang saya sedar diri tuan, tapi yang paling bahaya sekiranya ada orang yang tak sedar dirinya, sejauh mana dia boleh pergi, apa kemampuan dirinya. Kita tengok sekarang, ramai orang asyik bercakap sahaja, tapi tidak melaksanakannya, macam saya la tuan, saya tak kata orang lain, sebab perkataan pro-aktif tiap kali mesyuarat saya dengar, tapi yang membuat minit mesyuarat tak pro-aktif tak dipersoalkan”.

Mat, siapa bos di sini ni? Kau ke aku?Yang kau cakap macam-macam ni kenapa, kalau tak suka buat surat berhenti la.

Saya nak maklumkan, apakah boleh dikategorikan sebagai bagus ke sekiranya ada mereka yang tidak mengikut arahan, malah sering bertindak dalam situasi yang boleh memburukkan nama syarikat?

Saidina Umar Al-Khattab sememangnya seorang yang garang, bengis, tetapi dia tidak biadab sehingga menguriskan perasaan orang lain” Islam diajar secara berperingkat, mulanya datang ‘akidah’, kemudian ‘syariah’ dan akhir sekali ‘akhlak’. Proses ini cukup cantik, tahap transformasi dari satu peringkat ke peringkat ysng seterusnya sememangnya berkait dan cukup signifikan.

Kalau tak adil, nak tahu adil ke tak adil, mati dulu la

Mat tu bukannya pakai pun Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia pun kelam kabut, buat surat rasmi pun ayat tergantung, tunggang terbalik.

Motivasi tidak akan hadir sekiranya manager tersebut tidak memulakan proses motivasi itu sendiri. Kalau nak terapkan motivasi kepada staf hanya melalui kursus-kursus, itu tidak cukup kerana mereka hanya mempunyai motivasi yang tinggi bila berada dalam bilik kursus, bila keluar sahaja, motivasi tersebut hilang entah ke mana gugurnya.

Bukan susah untuk membajai motivasi dalam pasu organisasi, ucapan, ungkapan dan penghargaan sudah cukup untuk memberikan semangat yang boleh membawa kepada tahap kesedaran yang tinggi untuk lebih mencemerlangkan diri.

* nukilan ini dicetuskan dari rasa, penggunaan ayat, tatabahasa, nama tidak ada kaitan dengan yang telah mati dan sekiranya berkait, itu hanya kebetulan sahaja.

Wednesday, May 13, 2009

Secular or circular

Perkataan yang menjadi topik ialah tidak lain dan tidak bukan perkataan yang baik2 sahaja.Perkara baik sekalipun kalau tidak difahami susah juga.

Secular bahasa omputih, diMelayukan jadi SEKULAR, sebut pun lain sikit. Manakala circular, diMelayukan x jadi sirkular,sebab asalnya circle yang bawa makna bulat. Circular ni membawa maksud pekeliling la dalam BM, tp dia x datang sorang, mesti berdua baru term dia difahami, a circular letter. contoh sahaja.

Jadi, boleh x adik-adik bezakan kedua-duanya. Kalo x tau, x faham, bukan bidang, jangan hentam promo. Tapi kalo x reti bezakan pun excellent jugak, mcmna tu? Ntah, sama cam tahun lepas je, istilah 'late better than never' kot digunapakai. Tapi apa pun luaskan pandangan, banyakkan membaca, jangan asyik layan permainan sahaja. Nanti rosak mata.

Sila buat pilihan

1. Tiada gundah membezakan perkataan 'secular' dan 'circular'

2. Tiada henti meninggalkan sisa

3. Tiada susu tapi dapat nama

4. Tiada feel, but emotional egoistic mind blow the thing

Faham k? setahun aku belajar subjek phychology, komplek sangat kepala otak ni.